Thursday, June 10, 2010

Poori dan Dalca Daging


Minum petang yg agak berat. Dalca daging dgn poori...sedap pulak dipadankan dgn teh o suam...

Bahan2:
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan minyak panas
• sedikit garam
• sedikit air
• minyak utk mengoreng

Cara:
- panaskan minyak dan sukat, masukkan dlm tepung. gaul rata menggunakan sudip.
- dah suam2, uli dgn tangan. masukkan garam dan air. (air tu agak2 jer. tak sampai suku cawan. masukkan sikit2)
- bentukkan bulat2 dan canai.
- panaskan minyak dan masukkan tepung yg dah dicanai. simbah minyak panas atas tepung. ini akan membuatkan tepung tu naik kembung.


Wednesday, June 9, 2010

JJCM: Restoran Mukmin - Chinese Muslim Cuisine






Salah satu tempat favourite kami bila nak dine out. Masakan dia mmg sedap, 'kena' dgn tekak kami. Dah try macam2, semuanya 'kena' :D



 Ni salah satu specialty kat sini...


bihun goreng yg nampak sempoi tp rasa dia tak sempoi

nasi + ikan kong pau

yee mee hotplate


taufu claypot

daging masak black pepper

butter prawn

sebahagian drpd menu yg ada..ada juga utk makan hidang mcm ikan stim, goreng, daging, ayam, sayur, lala etc.

Menu yg pelbagai...tak boring kalu pegi selalu pon :D
Selain dr makanan yg sedap, service yg boleh tahan cepat, harga pon berpatutan..
Gambar2 ni koleksi tau, bukan sekali pegi ngap semua ni sekaligus...hehe

Terasa nak cuba? 
No 20, Jalan Nelayan B
19/B Seksyen 19, Shah Alam
Selangor
Buka dari 9pg hingga 11mlm
Landmark: dekat dgn Hotel De Palma, Hospital Salam. Kedai ni terletak di bhgn belakang hospital. Bersebelahan kedai stationary.

Thursday, May 20, 2010

Chicken Chop Special


Lamaaaaaa sungguh tak makan ayam..rindu makcik kat ayam..nak wat camne, hubby tak bapre suka ayam. dlm seminggu, sekali 2 ajer masak lauk ayam...
Kenapa special? sbb ia HOMEMADE..prepared with love and passion..resepi sdn bhd jer. tak sempat la dah nak godek2 resepi org..ku fikir2 logik ajer bahan2nya..hehe

Bahan:
• 3 ketul dada ayam
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan tepung jagung
• sebiji telur - beat sikit
• sedikit garam
• sedikit minyak utk menggoreng

Cara:
- ketul2 sikit ayam bg leper
- gaul dgn garam rata2
- satukan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata
- celup isi ayam dlm telur kemudian celup dlm tepung, rata2 kan ke keseluruh isi ayam. kemudian celup isi ayam sekali lg dlm telur dan celup dlm tepung sekali lg
- panaskan minyak.(saya guna minyak dlm kadar yg sgt sedikit. bukan deep fry yer). masukkan ayam dan goreng hingga garing both side

Bahan gravy:
• 2 cawan air
• 1 kiub ayam
• ½ biji bawang besar - potong dadu
• beberapa ketul chicken ball - potong dadu
• sedikit whipped cream - saya guna3 sudu besar utk bg rasa lemak2 skit jer
• 1 sudu besar tepung jagung bersama ½ cawan air - bancuhkan
• sedikit kicap manis sbg pewarna

Cara:
- didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali whipped cream dan tepung jagung. biarkan hingga mendidih
- masukka whipped cream
- masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn air dan masukkan sekali kicap manis. kuantiti ikut suka..
- kacau rata2 kerana kuah akan makin pekat dan supaya tidak berketul. tutup api dan tuang atas isi ayam

* makan dgn potato salad


salad with roasted sesame dressing


Do your children like veges?? my boy doesn't like veges at all. i need do to some tricks to get him to take veges. unlike my girl, she loves veges very much...apparently, there is nothing that she doesn't like *LOL*

So, what do you do if your kids don't like veges?
will you believe me if i said that my boy could finish this salad one whole bowl? HE DID
as usual, there is a trick..if your kids don't like to eat veges, maybe you can try this salad dressing



i like this dressing because it tastes like peanut...you can get this dressing from any of japanese store like jusco etc. it is suitable from newborn baby to 100 yrs old. no kidding. the label stated there :D




Kuey Tiaw Goreng, cili jeruk


Semua org ada citarasa berbeza nak goreng kuey tiaw kan..saya letak apa saja perencah janji sedap..hehe
yang saya nak share ialah cara2 nak buat cili jeruk tu. belajar dgn pak Din, berniaga mee2 goreng kat sebelah gerai nenek masa kat jalan 223, Pj dulu2

Bahan:
• cili hijau - potong serong
• air panas
• cuka

Cara:
- rendam cili dlm air panas lebih kurang 10 minit
- toskan dan masukkan dlm mangkuk, letak cuka
- lebih kurang 5 minit, nnt cili tu tukar warna.
- siap utk dimakan dgn mee goreng etc

Monday, May 17, 2010

Paratha Pizza, simple snek


Homemade pizza! sedap sgt kata Danish. tak payah beli dah. umi pandai buat, katanya lagi..hehe. kembang kuncup umi kena puji..sejuk hati bila ada org puji masakan kita..tp abahnya kedekut skit dgn pujian..sib baik si anak pandai ambik hati :D

Bahan:
• roti paratha
• sos spagetti
• chicken ball
• isi ayam yg dipotong dadu
• capsicum merah/hijau/kuning
• bawang potong bulat
• mozarella cheese

Cara:
- panaskan oven pd suhu 200 djh celcius
- sapu sos spagetti atas roti paratha dan tabur bahan2 di atasnya. Akhir sekali baru tabur mozarella cheese
- bakar dlm 15 minit atau hingga garing



yang ni saya guna roti putih biasa



ni pulak snek utk anak2..goreng dgn sedikit minyak..chicken ball dgn sosej selang seli dng cheese dan roti bakar..

Cucur udang


Cucur udang ni pon satu trick jugak utk danish yg tak makan sayur :)
Letak karot(shreded), bawang mayang halus, tauge dan daun kucai....lincin(bahasa anak2 maksudnya 'licin') jugak dia makan..

Bahan:
• 4 cawan tepung gandum
• udang basah
• sebiji bawang besar - mayang
• karot - parut
• tauge
• daun kucai
• sebiji telur
• garam secukup rasa
• air secukupnya utk mengadun
• minyak utk menggoreng

Cara:
 - Gaul semua bahan dan goreng hingga keperangan

Bahan sos:
• 6-7 tangkai cili kering - rebus
• 2 biji bawang putih
• sedikit gula
• sedikit cuka

Cara sediakan sos:
- cili kering yg tlh direbus ditapis utk buang biji. Kisar bersama bawang putih hingga halus.
- tapis cili kisar dan masukkan dlm periuk. masukkan gula dan cuka. jerang hingga mendidih.
- jika pekat, tambahkan sedikit air


Bawal sweet sour


Tak nampak pon ikan bawalnya? hehe..tenggelam ditutupi rencah2nya...anak2 suka sbb tak pedas..ada rasa manis, rasa masin dan rasa masam...bahan2 semua agak2 jer..macam2 ada..salah satu trick utk anak(danish) yg tak makan sayur..bila masak mcm ni, semua dia 'sapu' :D

Bahan:
• seekor ikan bawal - bersihkan dan goreng
• ½ biji bawang besar - potong dadu
• 2 biji bawang putih - potong dadu
• 2 sudu besar cili kering kisar
• capsicum merah dan kuning - potong dadu
• karot potong dadu
• 3 biji asam masin tanpa biji - potong memanjang
• sebiji tomato - buang biji dan potong dadu
• 2 sudu besar sos cili
• celery - potong serong
• cili hijau - potong serong
• garam, gula dan aji secukup rasa
• 1/2 cawan air
* nak pedas, tambah 6-7 biji cili padi - potong halus

Cara:
- tumis bawang, b.putih, karot dan cili kisar
- masukkan semua bahan dan air. biarkan sekejap utk bahan2 empuk
- letak garam, gula dan aji. nampak dah garing, tutup api
- tuangkan atas ikan bawal

Cencaru Sumbat


Dah lama tak makan cencaru sumbat. cicah ngan air asam atau sambal kicap...resepiku yg campak2 lg sempoi..rasa2 mcm tak cukup bahan..tp redah ajer..ehe. makan ngan nasi panas sedap ajer

Bahan:
• 2 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang
• segenggam kelapa parut
• ½ biji bawang besar - mayang
• sebatang serai - potong
• 1 sudu besar cili kering kisar
• sedikit garam dan kunyit
• minyak utk menggoreng

Cara:
- gaul semua bahan dan sumbatkan dlm perut ikan
- goreng hingga garing kedua2 belah

Sunday, May 16, 2010

Churros


Jumaat lepas, masa menziarah rumah Hana Jepun tergoda sungguh tengok Churros. Tak sabar sungguh, mlm tu saya terus adun..tp buat sikit jer nak rasa. Esok paginya saya sambung buat..adunan maintain macam tu walaupun saya biarkan kat luar semalaman(tak masuk fridge). Saya ikut resepi sebijik2...Hasilnya...mmg wallah! suka bangat. Anak2 pon suka...Tapi saya terbeli acuan yg besar skit..demok2 macam tuannya.hehe

Bahan-bahan


• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
• 1 biji telur - size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter

For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate
Cara-cara


Cara-cara

- Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.

- Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.

- Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.


dip into choc...yummylicious

Thursday, May 13, 2010

Bina Peribadi Waktu Makan

Memandangkan blog ni byk menceritakan ttg resepi dan berkaitan dgn makanan, rasanya sesuai utk saya share bersama artikel ini...


Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca bismalah dan guna tangan kanan

"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

Wednesday, May 12, 2010

Kuih Muih Tradisional Pahang

Okeh, setelah digodek, diedit..dpt tahu apa masalahnya tak dpt nak upload gambar kuih-muih hari tu...jdnya saya resize ajer gambar2 tu...


pulut kelapa, pulut serunding, tako dan telinga keling

putu bambu

my favourite, sata


choc cake, kek gula hangus dan popia sambal. atas tu apam gula hangus


tepung gomak(kiri), pulut panggang(kanan sekali dan atas yg warna hijau tu kuih bakar@akok. yang warna kuning tu tak pasti..terlupa nak tanya tuan kedai



ada cek mek molek, cucuk badak, acar berlauk. yg dlm paket tu nekbat. kuihnya mcm bahulu sikit makan dgn air gula...



yg ini tak ingat apa namanya..lebih kurang macam apam tp tak manis. makan dgn kaya pandan

roti manis

segala macam jenis nasi. nasi putih. nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak

Setiap sabtu mmg meriah kat pekan sehari ni dgn kuih muih...oh, terlupa pulak nak snap kuih tepung torak dan tepung tani. Pendek kata, macam2 ada..laksa pahang, laksam, apam balik, otak2...yg kebanyakkannya susah nak dpt kat tempat2 lain.
InsyaAllah bln depan kami balik pekan lg...akan snap lg :)

Asam tumis Ikan Senangin


Ini menu dinner hari Selasa. Org diet ratah ikan ajer la yer..hehe. Sayur wajib ada dlm menu, jd hari tu masak kailan ikan masin. Kuah utk anak2, buatkan sup udang + carrot + capsicum kuning tp kuah asam tu jugak yg menarik perhatian dorang.

Kali ni guna resepi mil, Pekan Pahang..

Bahan:
• 5 sudu besar cili kisar
• 1 sudu besar tempoyak
• ½ biji bawang besar
• 2 biji bawang putih
 • sedikit lengkuas
• sedikit halia
• 1 cawan air asam
• 3-4 cawan air
garam dan aji secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
sedikit daun kesum atau bunga kantan
*nak pedas, tambah cilipadi

Cara:
- bahan2 tu semua blend halus dgn sedikit air (kecuali air dan air asam)
- panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg dikisar sampai naik bau.
- masukkan bendi, air asam dan air
- masukkan ikan,garam dan aji
- biarkan sampai mendidih


kailan ikan masin


sup udang

Asam pedas, tumis asam, asam tumis adakah merujuk kpd dish yg sama? heee...lain negeri, lain panggilannya kot. Kalu mak saya, org S'gor masak asam yg bertumis ni panggil asam tumis sbb kita tumis bahan2nya..kalu resepi mak saya guna serai dan takde tempoyak tp dlm resepi mil takde serai ada letak tempoyak...sampai ke saya, ntah..ikut dan jer..silap2 rosak resepi..hehe

Nasi Lemak Sambal Sotong


Petang semalam masa drive balik rumah, it was heavy downpour sampai tak nampak jalan. Sampai rumah jer, mr hubby kata hujan2 mcm ni makan nasi lemak sedap ni...terus cairkan santan dan sotong dlm microwave, petik daun pandan kat belakang rumah. Basuh beras dan sesi rebus terlur, goreng kacang & ikan bilis, menumis sambal ikan bilis, sambal sotong pon bermula ...

Masa tgh hujan, merengak naik bau wangi santan dan daun pandan, mmg menggoda betul...mmg berbaloi masak semlm, bertambah2 mr hubby makan. Dah lama tak tgk dia makan bertambah during dinner..(dinner jer tau. kalu lunch mmg dia selalu bertambah. hehe. konon2 dinner nak makan sikit jer *LOL)

Nasi Lemak

Nasi lemak ada macam2 version..ada org letak halia, ada org letak serai, my mil letak halba tp resipi bondaku cuma gunakan daun pandan, sedikit gula batu dan sedikit butter...garam.

Utk bg nasi tu tahan lama, santan dan butter dijerang atas api kecik. masuk sekali garam dan gula batu..beras yg dah dibasuh ditoskan kemudian baru disatukan dlm periuk. Sepanjang proses memasak, guna api kecik dan sentiasa bertutup. Tanpa dikacau..bila nasi dah kering baru serih. Jd nasi tak keras tp berderai sebiji2. Teknik ni kalu utk org berniaga sesuai la..kalu utk kita makan kat rumah, jerang mcm nasi putih jer..tp biasanya nasi yg ditanak lg lebih aromanya berbanding nasi di masak dlm rice cooker.

Monday, May 10, 2010

The Olive Fusion- TTDI

Cerita 2 minggu lepas lagi...hehe
Lunch time tak tahu nak makan apa dan di mana...kami pon pusing2 kat shop lots sekitar ofis mencari sesuatu yg lain...maka terjumpa restoren yg baru bukak ni

Western food..no bad la..lunch set mmg berbaloi.. price range from rm9.90 - rm12.90. Main course + soup + drink + dessert(cuppie)..

Esoknya pegi lg..bawak lg 2 org kawan..hehe

starter - tomato soup

carbonara

fish burger

chicken chop + salad + rice


marmite chicken + salad + rice


Bukan sahaja food yg boleh tahan rasanya, tp interior deco pon cantik...dgn menggunakan teknik stensil, restoren ni nampak lain drpd yg lain...







Sunday, May 9, 2010

Ketandusan idea - sambal sardin

Bila dah takde idea nak masak apa...pilihan yg biasanya berlegar di kepala...SAMBAL SARDIN!..hehe

sambal sardin with petai

sotong tumis kunyit with basil

mixed vege

kalu kurang berselera, saya akan tumis sardin dgn cilipadi...tumbuk bawang dan bawang putih, tumbuk cili padi...tumiskan garing2 masukkan ikan sardin shj tanpa sos tomato dan hancurkan2 ikan tu. makan dgn nasi panas...mau bertambah dibuatnya.. :D

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati

Cili kering

ada beberapa jenis cili kering di pasaran...yg besar, berkilat...sgt pedas..tp harganya murah. i noticed org2 yg jual nasi lemak suka guna cili kering yg ini...sgt la tidak sesuai sebab bukan org dewasa ajer yg nak makan..kanak2 pon nak jugak makan nasi lemak..tp mesti nangis kepedasan..kesian dorang

yg tak pedas, kerinting2 sikit, kurus dan panjang....sgt sesuai utk semua..

mcm korang guna cili kering dlm masakan? saya biasanya potong2 dulu dan rebus sampai kembang..tapiskan dan buang seberapa biji cili yg boleh baru dikisar...

saya juga ada stok cili serbuk di rumah. in case kalu mala nak rebus dan kisar cili kering. cuma bancuh ajer serbuk cili. tp mmg kurang 'feel' skit la sambal drpd serbuk cili

saya tak gunakan cili giling(cili paste) yg dijual paket2 kecik kat kedai/pasaraya sebab biasanya masam sikit..

gulai lemak ikan bercili

sabtu 2 minggu(tak abis lg citer 2 minggu lepas.hehe) masak gulai lemak cilipadi udang + kacang panjang...goreng bercili ikan kerisi konon2 nak ikut resepi mil tp tak berapa menjadi. tp layan jugak la...hehe




gulai lemak ngan goreng bercili mmg partner betul. rasa secocok depa berdua...