Thursday, June 10, 2010

Poori dan Dalca Daging


Minum petang yg agak berat. Dalca daging dgn poori...sedap pulak dipadankan dgn teh o suam...

Bahan2:
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan minyak panas
• sedikit garam
• sedikit air
• minyak utk mengoreng

Cara:
- panaskan minyak dan sukat, masukkan dlm tepung. gaul rata menggunakan sudip.
- dah suam2, uli dgn tangan. masukkan garam dan air. (air tu agak2 jer. tak sampai suku cawan. masukkan sikit2)
- bentukkan bulat2 dan canai.
- panaskan minyak dan masukkan tepung yg dah dicanai. simbah minyak panas atas tepung. ini akan membuatkan tepung tu naik kembung.


Wednesday, June 9, 2010

JJCM: Restoran Mukmin - Chinese Muslim Cuisine






Salah satu tempat favourite kami bila nak dine out. Masakan dia mmg sedap, 'kena' dgn tekak kami. Dah try macam2, semuanya 'kena' :D



 Ni salah satu specialty kat sini...


bihun goreng yg nampak sempoi tp rasa dia tak sempoi

nasi + ikan kong pau

yee mee hotplate


taufu claypot

daging masak black pepper

butter prawn

sebahagian drpd menu yg ada..ada juga utk makan hidang mcm ikan stim, goreng, daging, ayam, sayur, lala etc.

Menu yg pelbagai...tak boring kalu pegi selalu pon :D
Selain dr makanan yg sedap, service yg boleh tahan cepat, harga pon berpatutan..
Gambar2 ni koleksi tau, bukan sekali pegi ngap semua ni sekaligus...hehe

Terasa nak cuba? 
No 20, Jalan Nelayan B
19/B Seksyen 19, Shah Alam
Selangor
Buka dari 9pg hingga 11mlm
Landmark: dekat dgn Hotel De Palma, Hospital Salam. Kedai ni terletak di bhgn belakang hospital. Bersebelahan kedai stationary.

Thursday, May 20, 2010

Chicken Chop Special


Lamaaaaaa sungguh tak makan ayam..rindu makcik kat ayam..nak wat camne, hubby tak bapre suka ayam. dlm seminggu, sekali 2 ajer masak lauk ayam...
Kenapa special? sbb ia HOMEMADE..prepared with love and passion..resepi sdn bhd jer. tak sempat la dah nak godek2 resepi org..ku fikir2 logik ajer bahan2nya..hehe

Bahan:
• 3 ketul dada ayam
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan tepung jagung
• sebiji telur - beat sikit
• sedikit garam
• sedikit minyak utk menggoreng

Cara:
- ketul2 sikit ayam bg leper
- gaul dgn garam rata2
- satukan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata
- celup isi ayam dlm telur kemudian celup dlm tepung, rata2 kan ke keseluruh isi ayam. kemudian celup isi ayam sekali lg dlm telur dan celup dlm tepung sekali lg
- panaskan minyak.(saya guna minyak dlm kadar yg sgt sedikit. bukan deep fry yer). masukkan ayam dan goreng hingga garing both side

Bahan gravy:
• 2 cawan air
• 1 kiub ayam
• ½ biji bawang besar - potong dadu
• beberapa ketul chicken ball - potong dadu
• sedikit whipped cream - saya guna3 sudu besar utk bg rasa lemak2 skit jer
• 1 sudu besar tepung jagung bersama ½ cawan air - bancuhkan
• sedikit kicap manis sbg pewarna

Cara:
- didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali whipped cream dan tepung jagung. biarkan hingga mendidih
- masukka whipped cream
- masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn air dan masukkan sekali kicap manis. kuantiti ikut suka..
- kacau rata2 kerana kuah akan makin pekat dan supaya tidak berketul. tutup api dan tuang atas isi ayam

* makan dgn potato salad


salad with roasted sesame dressing


Do your children like veges?? my boy doesn't like veges at all. i need do to some tricks to get him to take veges. unlike my girl, she loves veges very much...apparently, there is nothing that she doesn't like *LOL*

So, what do you do if your kids don't like veges?
will you believe me if i said that my boy could finish this salad one whole bowl? HE DID
as usual, there is a trick..if your kids don't like to eat veges, maybe you can try this salad dressing



i like this dressing because it tastes like peanut...you can get this dressing from any of japanese store like jusco etc. it is suitable from newborn baby to 100 yrs old. no kidding. the label stated there :D




Kuey Tiaw Goreng, cili jeruk


Semua org ada citarasa berbeza nak goreng kuey tiaw kan..saya letak apa saja perencah janji sedap..hehe
yang saya nak share ialah cara2 nak buat cili jeruk tu. belajar dgn pak Din, berniaga mee2 goreng kat sebelah gerai nenek masa kat jalan 223, Pj dulu2

Bahan:
• cili hijau - potong serong
• air panas
• cuka

Cara:
- rendam cili dlm air panas lebih kurang 10 minit
- toskan dan masukkan dlm mangkuk, letak cuka
- lebih kurang 5 minit, nnt cili tu tukar warna.
- siap utk dimakan dgn mee goreng etc

Monday, May 17, 2010

Paratha Pizza, simple snek


Homemade pizza! sedap sgt kata Danish. tak payah beli dah. umi pandai buat, katanya lagi..hehe. kembang kuncup umi kena puji..sejuk hati bila ada org puji masakan kita..tp abahnya kedekut skit dgn pujian..sib baik si anak pandai ambik hati :D

Bahan:
• roti paratha
• sos spagetti
• chicken ball
• isi ayam yg dipotong dadu
• capsicum merah/hijau/kuning
• bawang potong bulat
• mozarella cheese

Cara:
- panaskan oven pd suhu 200 djh celcius
- sapu sos spagetti atas roti paratha dan tabur bahan2 di atasnya. Akhir sekali baru tabur mozarella cheese
- bakar dlm 15 minit atau hingga garing



yang ni saya guna roti putih biasa



ni pulak snek utk anak2..goreng dgn sedikit minyak..chicken ball dgn sosej selang seli dng cheese dan roti bakar..

Cucur udang


Cucur udang ni pon satu trick jugak utk danish yg tak makan sayur :)
Letak karot(shreded), bawang mayang halus, tauge dan daun kucai....lincin(bahasa anak2 maksudnya 'licin') jugak dia makan..

Bahan:
• 4 cawan tepung gandum
• udang basah
• sebiji bawang besar - mayang
• karot - parut
• tauge
• daun kucai
• sebiji telur
• garam secukup rasa
• air secukupnya utk mengadun
• minyak utk menggoreng

Cara:
 - Gaul semua bahan dan goreng hingga keperangan

Bahan sos:
• 6-7 tangkai cili kering - rebus
• 2 biji bawang putih
• sedikit gula
• sedikit cuka

Cara sediakan sos:
- cili kering yg tlh direbus ditapis utk buang biji. Kisar bersama bawang putih hingga halus.
- tapis cili kisar dan masukkan dlm periuk. masukkan gula dan cuka. jerang hingga mendidih.
- jika pekat, tambahkan sedikit air