Monday, April 19, 2010

Rendang Balik Hari



Tiba-tiba terhingin pulak nak makan ayam rendang..nenek kata nama masakan ni rendang balik hari...rendang org S'gor. Jenis basah2 sikit..sedap makan dgn nasi minyak, nasi lemak, nasi impit. Masa acik mok berniaga nasi lemak kat USJ 1 dulu, umi tolong nenek masak rendang ni. sehari 10 ekor...fuhh..berpeluh jugak la..that was back in 1998 & 1999..masa tu nak kumpul duit utk umi sambung buat degree.. jual nasi lemak sbb nak sambung degree beb..budak2 sekarang so lucky ada loan macam2 kalu tak dpt dr PAMA nama jolokan budak2 ipt utk father-mother..hehe. kreatif betul. macam2 istilah..

well, pengalaman pegi pasar, masak, rushing pegi kelas, mlm pegi jual nasi lemak were the most valuable experienced utk umi..syukur alhamdulillah juga nenek seorg yg kuat semangat dan cekal, bersusah payah utk umi begitu juga abg sulung umi yg sanggup bersusah sama2 jual nasi lemak dan keja at the same time utk memastikan adiknya tidak keciciran. semua penat lelah pays off..walaupun umi tak dpt 1st class honour, tp umi bangga dpt 2nd Class Upper with Hons. Walaupun penat tp we were happy..happy jualan yg laku, dpt duit, dpt kawan

dan paling penting, umi dpt skill memasak, berniaga, management dan most important thing dlm bisnes is PR(public relations) dari nenek dgn pengalaman nenek berniaga nasi campur(siang) dan nasi lemak(mlm) lebih 20thn, sgt2 mengajar umi bagaimana nak melayan customer dgn baik, to have a good relationships dgn customer walaupun kita hanya si penjual nasi lemak :). dan tak sangka, dpt ramai regular customer. lepas umi grad, acik ayah(abg no 4) sambung bisnes tu sendiri sbb umi pon dah start keja, acik mo pon dah dpt keja yg better. tp sekali sekala umi pegi tolong jual sbb seronok sgt berniaga. umi mmg minat nak berniaga tp rasanya bukan sekarang...tp impian utk ada kedai/restoren tu menebal sgt...ishh...termelalut pulak citer :D

actually ni menu hari khamis lepas..nak masak rendang ni simple jer..

bahan:
• 6-7 ketul ayam potongan sederhana -bersihkan

bahan2 kisar:
• 2 biji bawang besar
• 4-5 ulas bawang putih
• sebesar ibu jari halia
• sebesar ibu jari lengkuas
• 2 batang serai

bahan:
• 2 mangkuk cili kisar
• sehelai daun kunyi yg sederhana besar dan panjang
• sedikit serbuk kunyit
• garam, gula dan aji secukup rasa
• 1 mangkuk pati santan
• 3 mangkuk air
• ½ mangkuk minyak utk menumis

cara:
• tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
• masukkan daun kunyit(hiris halus) sampai naik bau kemudian masukkan cili kisar. tumis hingga garing
• masukkan ayam dan gaul rata.biarkan sekejap nnt tumisan akan berkuah sikit sbb air ayam tu keluar. biarkan hingga tumisan kering skit
• masukkan santan dan air. kacau rata dan kecikkan api. biarkan hingga mendidih



drumstick perap kicap utk adik dan abg



sup utk abg dan adik

sayur bayam tumis ais kesukaan abah dan anak2...tp pic tak lepas2 pulak...


Bihun goreng daging & nasi goreng sardin



Bihun goreng tu untuk abah, nasi goreng untuk danish dan batrisyia

 
Pertama kali umi makan nasi goreng sardin kat Bukit Chedang, Negeri Sembilan lebih kurang 15 thn lepas. Masa tu umi tgh buat Intensive English Program kat Kolej Negeri selama 3 bln sementara tunggu result SPM. Kawan umi ajak pegi tapau kat gerai mamak yg dekat2 dgn hostel. Punyer la umi suka nasi goreng sardin ni..bila balik rumah nenek, mesti umi buat.

Sekarang, umi tgk anak2 umi pon suka nasi goreng sardin..:)  Actually ni menu dinner minggu lepas tp tak sempat nak update. Hari yg kita pegi Ikea tu, dah puas makan karipap ptgnya, utk dinner umi goreng belen bihun hari sebelumnya dan nasi pon belen hari sebelumnya..hehe...nak menghabiskan leftover lah ni..tak baik membazir kan...


Bahan:
• 2 mangkuk nasi
• 2 ekor ikan sardin tin
• 1/2 biji bawang merah - tumbuk
• 2 biji bawang putih - tumbuk
• sedikit karot -potong dadu
• sedikit kacang panjang
• kicap manis
• garam secukup rasa
• 2 sudu besar minyak zaitun utk menumis

Cara:
• panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih. Masukkan karot, tumis sekejap kemudian masukkan ikan sardin.
• masukkan nasi, kacang panjang dan gaul rata.
• tuangkan kicap(kuantiti ikut selera) dan garam. gaul rata

*nak pedas, pecahkan cilipadi 3-4 biji dan masukkan sekali bersama nasi.

Thursday, April 15, 2010

Batrisyia's Favourite dish..


Pak choy + japanese soft tofu + cauliflower + carrot + udang
Delicious and healthy meal for her...makan ini saje tanpa nasi pon dah cukup..ada byk kuah lg dia suka. umi noticed adik macam umi, suka yg berkuah2 specially sup..sepinggan sayur ni utk umi dan adik jer :D
adik makan sampai lincin(licin) sampai ke bawang, garlic semua dia sapu...

bahan:
• 2 rumpun pak choy
• 1/2 btg karot
• sepeket tofu lembut
• ½ biji bawang besar - potong dadu
• 1 biji bawang putih - potong dadu
• 2-3 kelopak kobis bunga
• udang
• sedikit minyak zaitun utk menumis
• air secukupnya
• garam dan perisa secukup rasa

Cara:
• gorengkan dahulu tofu dgn sedikit minyak hingga sedikit garing. angkat dan ketepikan.
• tumis bawang dan garlic hingga naik bau, masukkan karot, kobis bunga dan air. biarkan sekejap hingga karot dan kubis bunga nampak mcm dah lembut.
• masukkan udang dan pak choy serta garam kemudian tutup sekejap dan kecikkan api
• bila nampak sayur dah layu, masukkan tofu dan gaul rata. kemudian angkat

* kalu nak kuah jenis pekat, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dgn ½ cawan air dan masukkan ke sayur sebelum diangkat.

sejak 2 menjak ni umi suka sgt guna olive oil utk menumis sayur...menaikkan lg aroma masakan dan menambahkan lg kesedapan umi rasa...utk goreng2 ni umi guna yg light. umi pernah masak sambal tumis guna olive oil, mmg lg sedap drpd biasa :)

Monday, April 12, 2010

Karipap Inti Sup Daging



Karipap inti sup daging....tp mana supnya? hehe...supnya dah kering diserap oleh daging dan kentang. Actually ada satu kedai kat area opis ni jual karipap inti sup daging camni. Rasa cam best pulak, dan budak2 mesti suka. Dah lama tak berkaripap, kebetulan ada daging sikit lg dlm fridge...bolehlaa layan karipap dgn teh tarik utk minum petang..
Inti:
4 biji kentang sederhana besar - kupas dan potong dadu
Daging - potong dadu
1/2 biji bawang besar potong dadu
sedikit daun bawang & daun sup
1 sudu kecil rempah sup
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara:

- tumis bawang dgn sedikit minyak kemudian masukkan air, daging dan kentang
- masukkan rempah sup dan garam. biarkan sampai kering. check samada kentang dah cukup empuk atau tidak. jika belum, tambah lg sedikit air. kemudian masukkan daun sup & daun bawang.



kulit:
3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak panas
sedikit air dan garam

cara:
- panaskan minyak dan sukat 1 cawan, masukkan dlm tepung. gaul rata dgn sudip.
- kemudian gaul dgn tangan, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga aduanan sebati. utk mendptkan kulit yg rapuh, gunakan sedikit air menjadikan adunan tadi agak keras.
- kepalkan dan canai ikut saiz yg dikehendaki. Letakkan inti dan lipat 2 tepung tadi. kelim tepi utk kemasan.
- goreng hingga keperangan.




Thursday, April 1, 2010

Prawn Olio


Malam tadi kita berAlfredo..pagi ni kita berOlio pulak yer..hehe
Belen spagetti semalam ku olio-kan ajer..sbb lg super duper senang kan..

Prawn Olio

Bahan:
- spagetti -rebus dan toskan
-1/2 biji bawan gbesar potong dadu
-1 biji bawang putih - potong dadu
- 1 sudu kecil oregano kering(saya suka byk2)
- black pepper sikit
-garam secukup rasa
- udang
- 2 sudu besar minyak zaitun utk menumis

Cara:
- panaskan minyak dan tumis bawang dan bawang putih. Masukkan udang.
- masukkan spagetti, garam, lada hitam dan oregano.
- gaul2 rata dan angkat

Easy Chicken Alfredo & Garlic Bread


Tengahari semalam tengok opismate makan spagetti with mushroom cream..cam terliur pulak. So, on the way balik keja tu dlm kepala dah bersusun cara nak masak ni...sampai jer umah terus rebus spagetti, potong roti, sapu garlic butter masuk oven.. mentara tunggu spagetti kembang, prepare the sauce..
Yummy! mmg suka sgt la resepi ni..sempoi sungguh. cepat pun cepat sungguh. tak sempat peluh2 jantan nak kuar ketika bersilat kat dapur, dah siap..ting!
Anak dara makan sampai licin :)
tp si abg tak selera sgt creamy2 gini..dia request burger lak. turutkan ajer la...hehe

Easy Chicken and Carrot Alfredo

Bahan:
- spagetti - rebus dan toskan

Sos:
- 1/2 biji bawang besar - potong dadu
- sebiji bawang putih - potong dadu
- isi ayam - potong kecik(kuantiti ikut suka)
- 1/2 batang karot - potong dadu
- 2 cawan whipped cream
- 1 sudu kecil dried oregano
- garam secukup rasa
- 2 sudu besar minyak zaitun utk menumis

Cara:
- panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, karot dan isi ayam hingga naik bau.
- masukkan whipped cream, garam dan oregano. masak hingga sedikit pekat. kalu nak byk kuah, lebihkan whipped cream tu
- tutup api, masukkan spagetti dan kacau rata