Thursday, June 10, 2010

Poori dan Dalca Daging


Minum petang yg agak berat. Dalca daging dgn poori...sedap pulak dipadankan dgn teh o suam...

Bahan2:
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan minyak panas
• sedikit garam
• sedikit air
• minyak utk mengoreng

Cara:
- panaskan minyak dan sukat, masukkan dlm tepung. gaul rata menggunakan sudip.
- dah suam2, uli dgn tangan. masukkan garam dan air. (air tu agak2 jer. tak sampai suku cawan. masukkan sikit2)
- bentukkan bulat2 dan canai.
- panaskan minyak dan masukkan tepung yg dah dicanai. simbah minyak panas atas tepung. ini akan membuatkan tepung tu naik kembung.


Wednesday, June 9, 2010

JJCM: Restoran Mukmin - Chinese Muslim Cuisine






Salah satu tempat favourite kami bila nak dine out. Masakan dia mmg sedap, 'kena' dgn tekak kami. Dah try macam2, semuanya 'kena' :D



 Ni salah satu specialty kat sini...


bihun goreng yg nampak sempoi tp rasa dia tak sempoi

nasi + ikan kong pau

yee mee hotplate


taufu claypot

daging masak black pepper

butter prawn

sebahagian drpd menu yg ada..ada juga utk makan hidang mcm ikan stim, goreng, daging, ayam, sayur, lala etc.

Menu yg pelbagai...tak boring kalu pegi selalu pon :D
Selain dr makanan yg sedap, service yg boleh tahan cepat, harga pon berpatutan..
Gambar2 ni koleksi tau, bukan sekali pegi ngap semua ni sekaligus...hehe

Terasa nak cuba? 
No 20, Jalan Nelayan B
19/B Seksyen 19, Shah Alam
Selangor
Buka dari 9pg hingga 11mlm
Landmark: dekat dgn Hotel De Palma, Hospital Salam. Kedai ni terletak di bhgn belakang hospital. Bersebelahan kedai stationary.