Tuesday, March 23, 2010

Temosa

Karipap Bulat inti Ikan



Actually entry ni sempena join project Karipap kat facebook. Temosa ni karipap kat belah2 pandai timur. Family belah asben kalu buat karipap, gini la..bukan guna inti kentang.
First time makan temosa ni masa boyfriendku(my laling hubby) bawak ke tempat keja. Masa tu kami satu tempat keja. Asben pulak stay dgn kakak dia(kini menjadi sister in law ku)...tp belajar buat temosa ni lepas kawin. Lebih afdah la kan org kata belajar dgn mak mertua..hehe.

Inti:
3-4 ekor ikan kembung/sardin/selar - direbus dgn sedikit garam, buang tulang dan tumbuk2
2 biji telur rebus *optional
1 biji bawang besar -mayang
3-4 biji cilipadi - potong2 *optional

kulit:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak panas
sedikit garam
sedikit air - secukupnya utk adun tepung

cara:
- tepung dilenyek bentuk bulat. letakkan inti dan lapiskan dgn sekeping lg tepung
- kelim keliling dan goreng






Danish & Batrisyia suka makan temosa ni. Utk depa, umi tak letak cilipadi la..menggelupur kepedasan pulak nnt . utk umi dan abahnya boleh la letak cilipadi bg ada umphhh skit :D

No comments:

Post a Comment