Wednesday, March 17, 2010

Bantal Sardin


Jumaat lepas, nak balik kg asben lepas keja...sempat2kan buat makanan skit utk bekalan dlm keta. Tgk roti ada banyak..buat sardin roll pon ok jugak. tp nak buat sosej roll jugak. udahnya, buat bantal jer la roti sardin ni...
instead of using telur, saya guna bancuhan tepung gandum mcm nak buat goreng pisang tu sbg salutan luar roti...jd tak bau telur dan minyak tak terserap masuk kat roti...

bhn:
8 keping roti - lenyek dgn pengelek dan potong 2
1 tin sardin saiz sederhana
1/2 biji bawang besar - mayang
sebiji bawang putih -  potong dadu
2 sudu besar cili kering kisar
air asam jawa secukupnya

bancuhan tepung:
1 cawan tepung gandum
air secukupnya

minyak secukupnya utk mengoreng

cara:
 utk inti:
- tumis dulu bawang dan bawang putih, masukkan cili kisar dan tumis sampai garing. masukkan sardin beserta sosnya. masukkan air asam, garam dan aji secukup rasa. hancur2kan ikan sardin. dah kering, taburkan sesudu tepung gandum utk memekatkan sambal dan menyerap minyak.
- dah siap masak, letakkan sesudu sambal sardin kat tgh2  roti yg dipotong 2 dan lipatkan roti membentuk 4 segi. kepit kiri kanak roti dgn hujung jari supaya inti tak terkeluar
- golekkan dalam batter dan terus goreng
- balik2 kan supaya masak rata


bekalan kami utk tea dlm perjalanan balik kg

No comments:

Post a Comment