Sunday, May 16, 2010

Churros


Jumaat lepas, masa menziarah rumah Hana Jepun tergoda sungguh tengok Churros. Tak sabar sungguh, mlm tu saya terus adun..tp buat sikit jer nak rasa. Esok paginya saya sambung buat..adunan maintain macam tu walaupun saya biarkan kat luar semalaman(tak masuk fridge). Saya ikut resepi sebijik2...Hasilnya...mmg wallah! suka bangat. Anak2 pon suka...Tapi saya terbeli acuan yg besar skit..demok2 macam tuannya.hehe

Bahan-bahan


• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
• 1 biji telur - size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter

For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate
Cara-cara


Cara-cara

- Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.

- Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.

- Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.


dip into choc...yummylicious

3 comments:

  1. wahhhhh tahniah udah jadi! takpe beso2 pong! kiter suker ajer! lelagik yg cekelat tuh! fuhhhh meleleh ayaq liuq! thanx ya sudi cube!

    ReplyDelete
  2. waaah..saya pun dah buat jugak.sedapkan buat kudap kudapan..anak anak suka dan mak bapak anak pun suke..nanti kita plak buat entry..tapi tak lawo macam ni..siap ada cekelat tuh..peeeh

    ReplyDelete
  3. hana: saya syer kat facebook..ramai teruja nak cuba :)
    thanx for sharing the recipe!

    izah: sedap kan..cuma part nak masuk dlm acuan mencabar skit.hehe

    ReplyDelete