Monday, April 19, 2010

Rendang Balik Hari



Tiba-tiba terhingin pulak nak makan ayam rendang..nenek kata nama masakan ni rendang balik hari...rendang org S'gor. Jenis basah2 sikit..sedap makan dgn nasi minyak, nasi lemak, nasi impit. Masa acik mok berniaga nasi lemak kat USJ 1 dulu, umi tolong nenek masak rendang ni. sehari 10 ekor...fuhh..berpeluh jugak la..that was back in 1998 & 1999..masa tu nak kumpul duit utk umi sambung buat degree.. jual nasi lemak sbb nak sambung degree beb..budak2 sekarang so lucky ada loan macam2 kalu tak dpt dr PAMA nama jolokan budak2 ipt utk father-mother..hehe. kreatif betul. macam2 istilah..

well, pengalaman pegi pasar, masak, rushing pegi kelas, mlm pegi jual nasi lemak were the most valuable experienced utk umi..syukur alhamdulillah juga nenek seorg yg kuat semangat dan cekal, bersusah payah utk umi begitu juga abg sulung umi yg sanggup bersusah sama2 jual nasi lemak dan keja at the same time utk memastikan adiknya tidak keciciran. semua penat lelah pays off..walaupun umi tak dpt 1st class honour, tp umi bangga dpt 2nd Class Upper with Hons. Walaupun penat tp we were happy..happy jualan yg laku, dpt duit, dpt kawan

dan paling penting, umi dpt skill memasak, berniaga, management dan most important thing dlm bisnes is PR(public relations) dari nenek dgn pengalaman nenek berniaga nasi campur(siang) dan nasi lemak(mlm) lebih 20thn, sgt2 mengajar umi bagaimana nak melayan customer dgn baik, to have a good relationships dgn customer walaupun kita hanya si penjual nasi lemak :). dan tak sangka, dpt ramai regular customer. lepas umi grad, acik ayah(abg no 4) sambung bisnes tu sendiri sbb umi pon dah start keja, acik mo pon dah dpt keja yg better. tp sekali sekala umi pegi tolong jual sbb seronok sgt berniaga. umi mmg minat nak berniaga tp rasanya bukan sekarang...tp impian utk ada kedai/restoren tu menebal sgt...ishh...termelalut pulak citer :D

actually ni menu hari khamis lepas..nak masak rendang ni simple jer..

bahan:
• 6-7 ketul ayam potongan sederhana -bersihkan

bahan2 kisar:
• 2 biji bawang besar
• 4-5 ulas bawang putih
• sebesar ibu jari halia
• sebesar ibu jari lengkuas
• 2 batang serai

bahan:
• 2 mangkuk cili kisar
• sehelai daun kunyi yg sederhana besar dan panjang
• sedikit serbuk kunyit
• garam, gula dan aji secukup rasa
• 1 mangkuk pati santan
• 3 mangkuk air
• ½ mangkuk minyak utk menumis

cara:
• tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
• masukkan daun kunyit(hiris halus) sampai naik bau kemudian masukkan cili kisar. tumis hingga garing
• masukkan ayam dan gaul rata.biarkan sekejap nnt tumisan akan berkuah sikit sbb air ayam tu keluar. biarkan hingga tumisan kering skit
• masukkan santan dan air. kacau rata dan kecikkan api. biarkan hingga mendidih



drumstick perap kicap utk adik dan abg



sup utk abg dan adik

sayur bayam tumis ais kesukaan abah dan anak2...tp pic tak lepas2 pulak...


2 comments:

  1. Liyana--
    THIS LOOKS DELICIOUS! I only wish I could read it. . . :*(

    Your blog is awesome. I will definitely come back more often, if not only for some eye candy and mouth-watering pictures!

    Hugs from the US--
    amy

    ReplyDelete
  2. Hi amy!
    tq for dropping by.. :)
    i have 2 blogs actually..this blog particully about food. another one is about my kids and our activities..you can click on the 'Our Stories' link..
    do come and visit us more often. :)

    ReplyDelete