Karipap inti sup daging....tp mana supnya? hehe...supnya dah kering diserap oleh daging dan kentang. Actually ada satu kedai kat area opis ni jual karipap inti sup daging camni. Rasa cam best pulak, dan budak2 mesti suka. Dah lama tak berkaripap, kebetulan ada daging sikit lg dlm fridge...bolehlaa layan karipap dgn teh tarik utk minum petang..
Inti:
4 biji kentang sederhana besar - kupas dan potong dadu
Daging - potong dadu
1/2 biji bawang besar potong dadu
sedikit daun bawang & daun sup
1 sudu kecil rempah sup
2 cawan air
garam secukup rasa
Cara:
- tumis bawang dgn sedikit minyak kemudian masukkan air, daging dan kentang
- masukkan rempah sup dan garam. biarkan sampai kering. check samada kentang dah cukup empuk atau tidak. jika belum, tambah lg sedikit air. kemudian masukkan daun sup & daun bawang.
kulit:
3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak panas
sedikit air dan garam
cara:
- panaskan minyak dan sukat 1 cawan, masukkan dlm tepung. gaul rata dgn sudip.
- kemudian gaul dgn tangan, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga aduanan sebati. utk mendptkan kulit yg rapuh, gunakan sedikit air menjadikan adunan tadi agak keras.
- kepalkan dan canai ikut saiz yg dikehendaki. Letakkan inti dan lipat 2 tepung tadi. kelim tepi utk kemasan.
- goreng hingga keperangan.
No comments:
Post a Comment