Bukak tutup fridge, baru ternampak pisang lemak manis yg mak bg minggu lepas. warna kulit dah coklat2 sib baik tak buruk lg. gagahkan diri transform dia menjadi muffin :D
Resepi:
bahan A
2 cwn self-raising flour
3/4 cawan gula halus/brown sugar - saya letak 1/2 cawan jer gula halus
1 camt baking soda
1/2 camt soda bikarbonat
secubit garam
bahan B
1 biji telur
3/4 cwn susu segar/UHT
1/2 cwn minyak masak
1 camt esen vanila
1 cawan pisang yg dah dilecek - saya guna pisang lemak manis. dlm 7-8 biji
2-3 biji pisang yg dipotong dadu
2-3 biji pisang potong nipis utk hiasan
CARA:
1. ayak tepung ngan baking soda & soda bikarbonat. buh garam & gula. kacau & ketepikan.
2. pukul telur ngan garfu sebentar. masukkan susu, esen vanila & kacau. masukkan minyak & kacau sebati.
curah bahan B ke dalam bahan A. kacau rata.
3. masukkan pisang yg dipotong dadu dan kacau sikit.
*perlu ingat, adunan muffin tak perlu di aduk terlalu lama.
4. panaskan oven terlebih dahulu. buh adunan dlm bekas muffin, 3/4 cup dan letakkan pisang yg dipotong nipis di atasnya & bakar lam suhu 180 selama 15-18 minit.
siap!
No comments:
Post a Comment