Setiap 2 minggu sekali mesti nak pegi terapi kat sini...masa 1st time dtg sini, teruja ya amat. Mcm pegi Jusco member's card day. *LOL*. rasa mcm semua ikan nak dibeli..
Mana taknya, ikan semua segar2, loads of choices dan murah pulak tu. bila masuk area sayur2 lagi la rasa mcm nak melompat2 kesukaan. heee. masuk area buah lg mcm apa ntah...serba-serbi semuanya ada di sini. just name it...sayur kampung, sayur tak kampung, keledek merah, keledek putih, ubi, pisang, betik, jering, petai, ulam raja, daun selom, tempoyak, ikan kerapu, ikan tenggiri, ikan terubuk, bawal, selar, kerisi...segala2nya ada
sayur2 kampung
sayuran tak kampung.hehe. tak tahu nak kategorikan
tgk ikan kerapu ni..besar betul
ikan terubuk ni murah bangat kan..3 ekor rm10. saiz sedang2. sesuai la utk 2 org dewasa makan :)
udang saiz sederhana...ada beberapa saiz, harga pon ada yg rm12/kg, rm13/kg & rm14/kg
ikan kembung segar ni rm7 jer sekilo
ikan merah ni rm18 sekilo. semlm beli sekor saiz sederhana rm9.50 jer
ikan siakap ni rm22 jer sekilo
anak ikan kerisi segar..buat goreng bercili sodap
Kat pasar borong ni takleh beli skit2 ikan/udang/sotong. Paling skit sekilo tp the best part is, kalu kita regular customer kat 1 gerai tu, nnt dpt la ikan extra ker atau dia bg harga kurang sikit. Kat dlm pasar biasa ada org jual ikan tp tak ramai peniaga, tak byk choice dan harga up skit dr tempat borong. Kalu ikan besar cam ikan merah tu dorang bg la beli sekor, tp taknak layan utk siangkan terus. Kalu musim tengkujuh, ikan kurang dan harga up skit.
mcm2 jenis keledek ada. merah, putih, oren. pilih jer
biasanya terapi ni ambik masa 1jam.. nak balik tu, singgah pulak kat gerai2 makanan. mcm2 ada
nasi kerabu
nasi dagang
kuih muih
char koy panas2
So, for breakfast di hari berterapi semuanya tapau ajer la :D sbb selepas tu ada tugas nak siang ikan, cuci dan packing. Lepas tu terus prepare utk lunch.
Di hari minggu yg lain, off duty :)
Ya Allah Yana.. kat mana nak dpt kuih2 & makanan ni semua?? kasi la tahu.. k gee nak balik ni lagi 2 hari ni.... akan ku serbu semua tmt yg ada menjual kuih2 melayu kita... wahahaha!
ReplyDeleteMurahnya kan udang tu... sini sekilo 50riyal.. mahal sesngat!!! tapi nk buat mcm mana... teringin, beli la jugak... huhu..