Wednesday, March 31, 2010

Nasi Goreng Daging Halia


Semalam tak tahu nak masak apa for dinner for my beloved hubby, son & doter. memandangkan hamba tgh berdiet sekarang maka hamba bertanya tuan empunya diri nak makan apa..option, nasi goreng atau kuay tiaw goreng..hehe..2 option jer
sambung kpd citer umi, almost 4 weeks dah umi tak dinner berat kecuali di masa2 tertentu, tempat2 tertentu...hehe. bila balik umah nenek atau balik kg, mana boleh tak makan. yer tak? *LOL*
abah kata nasi goreng daging halia...umie came out dgn yg ni..rupanya abah nak lain....abah separate nasi goreng dan daging masak halia. umi terjemahkan mcm yg dlm gambar ni. sian abah, hampa. takpe, minggu depan umi masakkan daging halia yer :). Daging ni tak boleh makan selalu. Once a week jer..

Umi kena buat 2 version. 1 version tak pedas utk adik abg..utk abah, umi tambah cilipadi potong

jemput makan..:)

Tuesday, March 30, 2010

Bingka


Hari sabtu, as usual la kalu tak ke mana2 mesti tea kat umah...tghari tu tidokan kanak2, dgn umi sekali tertido :D
terjaga dah ptg, kelam kelibut nak buat kuih..nnt hubby balik keja. sian pulak kalu takde kuih utk minum ptg..
terus gunting beberapa helai daun pandan kat belakang rumah, blend...sib baik santan ada..terus sukat2 tepung, gula, jus pandan..blend
panaskan acu bingka atas dapur..terus masukkan batter...pakai acuan tembaga, cepat sikit masaknya...pernah try masak dlm oven, tp lambat la pulak masak...
suka tepi dia garing2..

bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan  *kalu takde, tukarkan dgn air. dan letakkan pewarna hijau
1/2 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan gula * kurangkan sikit kalu tak suka manis2
sedikit bijan utk ditabur di atas bingka

cara:
- masukkan semua bahan dlm blender...blend hingga semua sebati
- panaskan acuan atas dapur. gunakan api yg sgt kecil
- titikkan sedikit minyak dan tuang adunan dlm acuan, taburkan bijan. Kemudian tutup dan biarkan lebih kurang 10 minit.
- cucuk adunan dgn lidi, kalu dah tak melekat tu maksudnya dah masak la tu

Tuesday, March 23, 2010

Temosa

Karipap Bulat inti Ikan



Actually entry ni sempena join project Karipap kat facebook. Temosa ni karipap kat belah2 pandai timur. Family belah asben kalu buat karipap, gini la..bukan guna inti kentang.
First time makan temosa ni masa boyfriendku(my laling hubby) bawak ke tempat keja. Masa tu kami satu tempat keja. Asben pulak stay dgn kakak dia(kini menjadi sister in law ku)...tp belajar buat temosa ni lepas kawin. Lebih afdah la kan org kata belajar dgn mak mertua..hehe.

Inti:
3-4 ekor ikan kembung/sardin/selar - direbus dgn sedikit garam, buang tulang dan tumbuk2
2 biji telur rebus *optional
1 biji bawang besar -mayang
3-4 biji cilipadi - potong2 *optional

kulit:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak panas
sedikit garam
sedikit air - secukupnya utk adun tepung

cara:
- tepung dilenyek bentuk bulat. letakkan inti dan lapiskan dgn sekeping lg tepung
- kelim keliling dan goreng






Danish & Batrisyia suka makan temosa ni. Utk depa, umi tak letak cilipadi la..menggelupur kepedasan pulak nnt . utk umi dan abahnya boleh la letak cilipadi bg ada umphhh skit :D

Monday, March 22, 2010

Minggu masak2

SABTU

Minggu lepas kan cuti sekolah, abg Danish pergi rumah nenek tp lepas tu ikut abg2 sepupu dia balik ke Putrajaya. Hari sabtu mlm baru umi dan abah pegi ambik. Tinggallah adik dgn umi kat rumah hari sabtu tu. Pagi2 sabtu umi pegi pasar nak stock up ikan sayur yg dah habis. Freezer pon dah byk empty space. Pegi awal2 pagi pukul 7 pg supaya dpt balik awal sbb abah keja dan kesian pulak nak hantar anak dara umi ke taska. Bila pegi pasar mmg seronok sgt. Kali ni byk ikan dan murah2 pulak tu..ikan merah dan ikan tenggiri rm14/kg..sotong dan udang sederhana besar rm10/kg...dah puas borong, on the way balik tu tapau kuih muih utk breakfast...

Tengahari tu abah kata nak balik makan..umi pon godek2 kat dapur.. masak nasi, dan
sambal sotong

ikan merah masak lemak cilipadi

bayam tumis air

Sementara umi masak, umi bg anak dara ni keja drpd dia kacau umi...kopek pisang nak buat muffin pisang petang tu..senang jugak ada helper kat dapur ni..hehe



"pisang yg dah siap berkopek yer puan2.."

Lepas siap kopek kulitnya tu umi bagi Batrisyia pelenyek tp dia lariiiii...pi main dlm bilik.hehe.
Konon2 nak buat muffin tu dgn anak dara umi ni tapi lepas lunch, umi tgk adik nyenyak sungguh tido sampai tak sedar pon umi godek2 muffin..bangun2 jer dah siap :). umi baked dgn amannya.hehe



ok, kita nak tapau banana muffin ni pi putrajaya...


belakang tu abg sepupu..Hafy

dgn the youngest adik sepupu - Fitri

my bro ni peminat barang2 lama..almari ni berusia lebih 50 thn..puas dia mencari


ada satu gobok ni kat dapur, penuh dgn pinggan2 lama..bunga kelabu, bunga merah jambu..tp failed pulak nak upload kat sini...

Ish! umi terlupa pulak nak snap pic abg danish...sbb lepas snap2 ni kami terus dinner. Then siap2 balik...

AHAD

Hari ahad pon tak keluar ke mana2..nak berehat jer..minggu lepas, waktu ni kami sibuk2 di Summerset Rompin...dan on the way balik rumah. Minggu ni no outing except petang tu balik rumah nenek kejap.
Pagi tu umi goreng mee lidi kari dan buat Paratha Egg Rolls.


mee lidi goreng guna rempah kari skit, then letak kicap manis. abg danish suka sgt


Lepas makan kita tgk tv. Tenghari tu umi masuk dapur nak prepare for lunch...

pucuk manis & labu masak lemak

asam rebus ikan kerisi

ikan kembung goreng

sambal belacan


Lepas makan, rehat2 tgk tv, baca paper...then kanak2 tido, umi godek2 pulak kat dapur tu prepare utk tea time...roti sosej gulung dan bantal sardin...lagi..hehe

Lewat petang tu balik rumah nenek kejap..dinner dorian jer :)

Weekend berganti weekend..baru masuk minggu baru, dah tak sabar tunggu weekend :D

Paratha Egg Rolls


First time tengok gambar paratha egg roll si Hana ni mmg teruja betul. Paratha is my favourite. Sentiasa ada stok kat dalam freezer sebab macam2 boleh dibuat dgn paratha ni..boleh buat paratha sosej gulung, paratha inti daging, inti sardin. Makan mcm tu ajer dgn kari atau kurma pon sodap.

Pagi ahad, lepas goreng mee lidi...buat paratha gulung ni. Memang best. I like it very much!

nak resepi asal, sila la masuk kat blog Hana tu yer...

ni resepi saya:

bahan:
2 keping roti paratha
4 biji telur - pukul sedikit
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 batang sosej - potong nipis
sedikit daun sup & daun bawang - cincang halus
sedikit carrot - potong nipis

cara:
1. gunakan non stick pan dan gorengkan roti paratha. balikkan supaya kedua2 side sama garing. dah masak, ketepikan.
2. dlm mangkuk lain, pukul telur dan masukkan bahan2 lain dan tuang atas non stick pan tadi.
3. tekapkan roti paratha tadi ke atas bancuhan telur. gunakan api yg kecil dan biarkan dlm 2-3 minit
4. setelah masak, angkat dan gulung.

saya makan begitu saje..kalu nak cicah kari lg sedap. ataupun scicah sos dan mayonis pun sedap...

Wednesday, March 17, 2010

Bantal Sardin


Jumaat lepas, nak balik kg asben lepas keja...sempat2kan buat makanan skit utk bekalan dlm keta. Tgk roti ada banyak..buat sardin roll pon ok jugak. tp nak buat sosej roll jugak. udahnya, buat bantal jer la roti sardin ni...
instead of using telur, saya guna bancuhan tepung gandum mcm nak buat goreng pisang tu sbg salutan luar roti...jd tak bau telur dan minyak tak terserap masuk kat roti...

bhn:
8 keping roti - lenyek dgn pengelek dan potong 2
1 tin sardin saiz sederhana
1/2 biji bawang besar - mayang
sebiji bawang putih -  potong dadu
2 sudu besar cili kering kisar
air asam jawa secukupnya

bancuhan tepung:
1 cawan tepung gandum
air secukupnya

minyak secukupnya utk mengoreng

cara:
 utk inti:
- tumis dulu bawang dan bawang putih, masukkan cili kisar dan tumis sampai garing. masukkan sardin beserta sosnya. masukkan air asam, garam dan aji secukup rasa. hancur2kan ikan sardin. dah kering, taburkan sesudu tepung gandum utk memekatkan sambal dan menyerap minyak.
- dah siap masak, letakkan sesudu sambal sardin kat tgh2  roti yg dipotong 2 dan lipatkan roti membentuk 4 segi. kepit kiri kanak roti dgn hujung jari supaya inti tak terkeluar
- golekkan dalam batter dan terus goreng
- balik2 kan supaya masak rata


bekalan kami utk tea dlm perjalanan balik kg

Wednesday, March 10, 2010

Banana Muffin


Bukak tutup fridge, baru ternampak pisang lemak manis yg mak bg minggu lepas. warna kulit dah coklat2 sib baik tak buruk lg. gagahkan diri transform dia menjadi muffin :D


Resepi:

bahan A

2 cwn self-raising flour
3/4 cawan gula halus/brown sugar - saya letak 1/2 cawan jer gula halus
1 camt baking soda
1/2 camt soda bikarbonat
secubit garam

bahan B

1 biji telur
3/4 cwn susu segar/UHT
1/2 cwn minyak masak
1 camt esen vanila
1 cawan pisang yg dah dilecek - saya guna pisang lemak manis. dlm 7-8 biji
2-3 biji pisang yg dipotong dadu
2-3 biji pisang potong nipis utk hiasan


CARA:
1. ayak tepung ngan baking soda & soda bikarbonat. buh garam & gula. kacau & ketepikan.
2. pukul telur ngan garfu sebentar. masukkan susu, esen vanila & kacau. masukkan minyak & kacau sebati.
   curah bahan B ke dalam bahan A. kacau rata.
3. masukkan pisang yg dipotong dadu dan kacau sikit.
 *perlu ingat, adunan muffin tak perlu di aduk terlalu lama.
4. panaskan oven terlebih dahulu. buh adunan dlm bekas muffin, 3/4 cup dan letakkan pisang yg dipotong nipis di atasnya & bakar lam suhu 180 selama 15-18 minit.

siap!




Nasi Tomato & Ayam masak merah

Dah lama simpan nasi ni..mau dah basi..hehe. Menu lunch dan dinner kami hari sabtu. memandangkan tak ke mana-mana sabtu tu, hubby yg keja balik makan tghari...rajin2kan diri masak nasi tomato dan ayam masak merah.

Mlm tu pulak ada meeting utk persatuan penduduk. sumbangan makanan dialu2kan..rajin2kan diri jugak buat popia goreng dan puding peach....

Lepas tu dah kenyang, kami mulakan sesi menggulung popia

inti yg sempoi jer. frankfurter rebus, carrot disagat dan tauge

   


inilah juga utk tea kami

puding utk pencuci mulut :)

Monday, March 8, 2010

Sheperd's Pie



Shepherd's Pie


Bhn2:

isi ayam - cincang
sayuran - carrot dan brokolli potong dadu
1 paket vono instant mushroom soup
1/2 biji bawang - potong dadu
sedikit air

3 biji kentang - (saya guna russet) kupas dan rebus bersama sedikit garam hingga empuk. kemudian lenyekkan







cara:


- bancuhkan serbuk mushroom soup dlm secawan air. kemudian letakkan atas dapur.
- masukkan ayam, bawang dan sayur..biar hingga mendidih dan sedikit kering
- panaskan oven. letakkan ayam & sayuran yg dah siap masak ke dlm bekas dan letakkan kentang lenyek di atasnya.
- bakar dgn suhu 200 degree hingga keperangan


Thursday, March 4, 2010

Paratha Cup

I was too lazy to prepare for our tea on sunday. Took me few minutes to get an idea what is easy & quick snack to be prepared. I came out with Paratha cup with potatoes topping. The topping as simple as for karipap filling.

Took the paratha from the freezer and put them in the microwave for few seconds. Then  i started to chopped the potatoes, meat, onion and garlic. Campak2 jer dlm kuali, letak sedikit rempah kurma. Sementara tunggu kentang empuk, potong paratha ikut saiz acuan tart dan tekan2. Bakar dlm 7-8 minit. In the mean time, kentang pun masak. Kuarkan paratha cup, letakkan topping kentang tadi....


Patut hias sikit dgn cili merah dan daun sup + daun bawang bg naik seri lg. tp hari tu, dah kehabisan stok..

Wednesday, March 3, 2010

Dinner

Tiap-tiap ptg, sampai jer umah terus bersilat kat dapur. Kadang2 dah siap pikir nak masak apa dr kat opis lg. kadang2 buntu jugak.  Daku tetap masak utk mr hubby dan anak2 walaupun daku dah beberapa minggu tak makan mlm. konon2nya nak diet laa.hehe

Isnin, tapau ajer bihun goreng. Rasa malas nak masak. Selasa masak sambal tumis udang, sayur pak choy + beancurd dan goreng ikan sardin jer. makan dgn kuah budu yg mil bg.



kuah budu ni mcm masak lemak cilipadi. pedas. bhn2 dia daun kunyit, daun kadok, terung pipit, belimbing buluh dan beberapa jenis daun lg yg den tak ingat. pastu ada letak budu...

Semalam pulak ikan tenggiri goreng bercili dgn sayur campur masak lemak..


ni pulak antara menu minggu lepas