Wednesday, February 24, 2010

Pancake Gulung


Hari ni ada majlis Maulidur Rasul kat tadika Danish. Mulanya plan nak buatkan blueberry muffin tp masa singgah kat blog Hana, tergoda pulak dgn Pancake Rolls dia. Cun betul. Dgn semangat berkobar2, mlm tadi buat la...sedap pancakenya. Tp part roll tu cheq tak reti. main belasah jer. Tak semengah laa...aduihh. Tp sib baik la sedap. Satu filling blueberry, satu lg strawberry peanut butter.

Hana, nnt ajar yer camne nak roll shantek2 cam awak punyer tu :)


yg ni ternipis sgt pulak




siap sedia utk dibawa

Okeh, ni resepinya. Katanya dia ambik dr blog Lydia. Cheq share kat sini yer Lydia, Hana :D

Ingredients (makes 6):

1 cup All purpose flour
1 tbsp White sugar
1 tsp Baking Powder
½ tsp Baking Soda
4/5 cup Milk
1 Egg, beaten
½ tsp Vanilla Extract
½ tbsp Cooking Oil
Pinch of salt


Fillings (suggestion):
Sliced Cheese
Jam
Kaya
Red bean paste

Methods:
1. Sift together flour with baking powder and baking soda, set aside.
2. In a mixing bowl, bring together all other ingredients, mix until well blended.
3. Stir in sifted flour and mix until just combined.
4. Heat a non-stick pan on low heat, transfer one-sixth of the batter into the pan. Cook until bottom is  golden brown.
5. Remove from pan. When is cool enough to handle, place a slice of cheese on top or spread jam/kaya and roll it up. Set aside to cool with seal side down, this will help the roll to keep in shape.
6. Cut into serving size, also to reveal the beautiful pinwheel pattern.



Then, i wonder...resepi ni boleh gak guna utk buat apam balik. Rasa dia lebih kurang sama :D

Tuesday, February 23, 2010

Mee Bandung Udang


Hari selasa, takde idea nak masak apa utk dinner. Nasi, rasa mcm dah jemu. Nasib baik ada stok mee lidi, terus rebus. Sementara rebus mee lidi, kepala ligat memikir nak masak mee apa? selak2 buku resepi, terpandang resepi mee bandung. Dlm hati, bahan tak cukup ni. Tauhu takde, tauge takde. Takpe lah, buat mee bandung resepi campak2 ikut bahan yang ada. Memandangkan udang byk lg stok dlm fridge, keputusannya buat Mee Bandung Udang style rebus, bukan tumis.

mee bandung udang(sukatan utk 2 org makan)

bahan:
* seulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
sedikit halia
* 6-7 ekor isi udang

* bahan2 ni dikisar sekali

- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar sos cili
- sayur sawi (cheq guna pak choy)
- udang segar(kuantiti ikut suka)
- 2 liter air
- mee kuning (cheq guna mee lidi)

utk hiasan:
telur rebus
daun bawang
daun sup
bawang goreng
cili merah hiris
cili padi hiris
sayur sawi (cheq guna pak choy)

cara:
- rebuskan semua bahan termasuk batang sawi. then masukkan garam & aji dan biar hingga mendidih
- masukkan daun sawi dan udang. biarkan dlm 5 minit. atau hingga udang kemerahan.
- siap utk dihidang dan dimakan


Thursday, February 11, 2010

Blueberry Muffin


Saya suka buat muffin sbb anak2 suka makan. Resepi ni simple dan mudah serta cepat utk disediakan. Setiap kali nak balik kg hubby, mesti buat muffin ni(bluberry/choklat cip) sbg buah tangan. Resepi drpd kak zu, rakan sembang di alam cyber..Kelab De Royal Anggerik aka Kelab Selangor

Bahan2:
bahan A
2 cawan self-raising flour
3/4 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
secubit garam

bahan B
1 biji telur
3/4 cawan susu segar / susu UHT
1/2 cawan minyak - saya guna butter
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
- ayak tepung, baking powder & bikarbonat soda. Masukkan gula & garam. Kacau dan ketepikan.
- dlm bekas yg lain, pukul telur dgn garfu, masukkan minyak, susu & esen vanila. Kacau sebati.
- curahkan bahan B ke dlm bahan A. Kemudian tuang dlm bekas muffin.

*adunan muffin tidak perlu diaduk terlalu lama

-panaskan oven 180 terlebih dahulu dan bakar lebih kurang 15-18 minit.

* jika nak buat coklat muffin, masukkan 2 sudu besar serbuk koko.











Sunday, February 7, 2010

Terapi hujung minggu

Setelah berpenat lelah mengharung jalan yg jammed setiap pagi dan petang di hari bekerja, pagi hari minggu yg tenang ku memandu sendirian mencari terapi....destinasi yg dituju...Pasar Besar Klang(Meru) :D

Setiap 2 minggu sekali mesti nak pegi terapi kat sini...masa 1st time dtg sini, teruja ya amat. Mcm pegi Jusco member's card day. *LOL*. rasa mcm semua ikan nak dibeli..

Mana taknya, ikan semua segar2, loads of choices dan murah pulak tu. bila masuk area sayur2 lagi la rasa mcm nak melompat2 kesukaan. heee. masuk area buah lg mcm apa ntah...serba-serbi semuanya ada di sini. just name it...sayur kampung, sayur tak kampung, keledek merah, keledek putih, ubi, pisang, betik, jering, petai, ulam raja, daun selom, tempoyak, ikan kerapu, ikan tenggiri, ikan terubuk, bawal, selar, kerisi...segala2nya ada

sayur2 kampung

sayuran tak kampung.hehe. tak tahu nak kategorikan

tgk ikan kerapu ni..besar betul

ikan terubuk ni murah bangat kan..3 ekor rm10. saiz sedang2. sesuai la utk 2 org dewasa makan :)

udang saiz sederhana...ada beberapa saiz, harga pon ada yg rm12/kg, rm13/kg & rm14/kg

ikan kembung segar ni rm7 jer sekilo
 

ikan merah ni rm18 sekilo. semlm beli sekor saiz sederhana rm9.50 jer

ikan siakap ni rm22 jer sekilo

anak ikan kerisi segar..buat goreng bercili sodap

Kat pasar borong ni takleh beli skit2 ikan/udang/sotong. Paling skit sekilo tp the best part is, kalu kita regular customer kat 1 gerai tu, nnt dpt la ikan extra ker atau dia bg harga kurang sikit. Kat dlm pasar biasa ada org jual ikan tp tak ramai peniaga, tak byk choice dan harga up skit dr tempat borong. Kalu ikan besar cam ikan merah tu dorang bg la beli sekor, tp taknak layan utk siangkan terus. Kalu musim tengkujuh, ikan kurang dan harga up skit.

mcm2 jenis keledek ada. merah, putih, oren. pilih jer

biasanya terapi ni ambik masa 1jam.. nak balik tu, singgah pulak kat gerai2 makanan. mcm2 ada

nasi kerabu

nasi dagang

kuih muih


char koy panas2

So, for breakfast di hari berterapi semuanya tapau ajer la :D sbb selepas tu ada tugas nak siang ikan, cuci dan packing. Lepas tu terus prepare utk lunch.
Di hari minggu  yg lain, off duty :)

Thursday, February 4, 2010

Hujung minggu tiba lagi...

Masa sangat pantas berlalu...bila tiba hujung minggu, terutamanya hari ahad menu meriah skit. Itu pun kalu tak ke mana2. Di pagi yg dingin, menekan pedal minyak ke Pasar Besar Klang sementara encik suami dan anak2 masih beradu. Pegi sorang2 senang, cepat pon ia jugak. Smapi rumah terus siang, cuci ikan sayur yg dibeli. Ikan/ayam kemudian dipack dlm plastik kecik2 cukup utk sekali masak. Mudahkan kerja dan jimatkan masa bila nak masak dihari2 bekerja.
Biasanya dan selalunya saya mmg tak rajin snap gambar masakan. Lepas masak, terus ngap. :D. Ini ajer rasanya koleksi lunch di hari minggu...

Sotong tumis kunyit bersama daun selasih resepi ibu mertua menjadi pilihan encik suami. Aroma daun selasih mmg menaikkan selera. Dipadankan pula dgn ikan merah masak lemak cilipadi pilihan si tukang masak. Anak2 suka bayam tumis air dipasangkan pula dgn ikan kerisi goreng garing. Ada cicahan lg sedap, nak2 budu...nasi pula panas2 berasap...what can i say more..... :D

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!

Wednesday, February 3, 2010

No bake cheese cake/tart


Bahan A:

biskut oreo
biskut digestive
butter cair

cara:
hancurkan biskut2 dan gaul dgn butter cair. kuantiti agak2 jer. hehe
pastu masukkan dlm cup/aluminium foil. takyah tekan2 pon takpe

Bahan B:

250gm cream cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula icing

* Blueberi secukupnya

cara:
- pukul cheese dan gula sampai kembang.
- gula tu letak sikit2, sambil pukul sambil rasa sampai mencapai kemanisan yg disukai. dah kembang, letak ajer kat atas bahan A yg dah dimasukkan ke dlm cup/aluminium foil dan kemudian letakkan blueberi kat atas.
- masukkan dlm fridge kejap sebelum makan.

Homemade chocolate



It is easy!




sangat simple, mudah dan cepat. cuma perlukan:


- 500gm chocolate bar/cooking chocolate
- 1 sudu besar lemak sayuran

*optional: kekacang, kismis, buah-buahan kering

Saya beli cooking chocolate di Bake With Yen(kedai bahan kek) di pasar Taman Tun Dr Ismail. Coklat ni tak terlalu manis dan juga tidak pahit jika dibandingkan dgn beberapa jenis cooking chocolate/chocolate bar yg pernah saya beli.

cara:


- dgn cara double-boiler, cairkan coklat dan lemak sayuran. kacau rata hingga semuanya cair
- tutupkan api, masukkan coklat yg tlh cair dlm acuan. biarkan sejuk

*jika hendak campurkan kacang, masukkan sekali dlm yg cair baru tuang dlm acuan.


Dalam gambar di atas, saya sapukan white chocolate terlebih dahulu(cairkan dahulu gunakan teknik yg sama) ke dlm acuan baru saya tuangkan coklat yg dah dicairkan.